Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006
Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 merupakan satu komplot tergendala untuk meledakkan pesawat-pesawat jet komersil antarabangsa yang berlepas dari United Kingdom ke Amerika Syarikat dengan cecair letupan. Pada 10 Ogos 2006, Polis Metropolitan London mengumumkan bahawa mereka telah menahan orang-orang utama yang disyaki dan komplot itu telah digagalkan [1] semasa "menghampiri fasa pelaksanaan" [2], dengan satu ujian percubaan dijadualkan dalam tempoh dua hari dari hari penangkapan dibuat, menurut pegawai-pegawai perisikan A.S.[3] Langkah-langkah keselamatan yang ketat telah dilaksanakan di semua lapangan terbang United Kingdom dan Amerika Syarikat, termasuk larangan kesemua bagasi tangan yang tidak perlu. Tahap keselamatan juga dipertingkatkan di banyak lapangan terbang di seluruh dunia, dengan sejumlah besar penerbangan ke United Kingdom dibatalkan. Rancangan ini merupakan ancaman keganasan terhadap United Kingdom dan Amerika Syarikat yang terbesar semenjak peristiwa letupan Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001 di Bandaraya New York, Amerika Syarikat.

Rujukan

WikiPedia: Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 http://www.cbc.bb/content/view/6845/10/ http://www.cbc.ca/world/story/2006/08/10/bombing-a... http://blogs.abcnews.com/theblotter/2006/08/explos... http://www.britishairways.com/travel/flightops/pub... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/politics/41... http://edition.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/i... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://www.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/index... http://www.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.terr...